Bila baca satu blog semalam, aku tiba-tiba nak tulis satu 'entry' yang lebih bermakna dengan menggunakan bahasa melayu tinggi. Tinggi tak bahasa aku? Dapat satu SPM pastilah terbaik. Terlebih sudah. (susah sungguh bahasa ni)
Khalifah sekalian, kalau anda semua perasan tak ada satu pun iklan dalam blog ni. Aku tulis dengan tulus untuk bacaan anak cucu di masa akan datang dan untuk kakak aku di perantauan yang nak tau perkembangan keluarga. Mungkin juga kepada sesiapa yang tersesat/ tidak tersesat ke blog ini secara sengaja atau tidak.
Bacaan semalam buat aku terpikir untuk membataskan kemunculan aku di alam maya (bajet sungguh). Tetapi, apakan daya..aku akan pastikan tak ada gambar yang terlalu comel dengan mulut muncung, mata terjegil dan pipi kembung untuk tatapan umum. Yang pasti lagakku umpama bibik-bibik sahaja. Pasti takkan ada lelaki berhidung belang yang cuba berkenalan. Maruah suami adalah terlalu berat untuk dijaga dan aku adalah contoh terbaik untuk anak-anak. (anak sahaja). Sekian, anda faham??...aku pun tak berapa faham..
muka bajet cun 10/3/2011
ala...aku baru je letak gambo mulut muncung dlm blog aku..hahahha
ReplyDeletesape suruh...da nak jadi bini orang, cover-cover le sikit.
ReplyDelete