Monday, December 19, 2016

luahan rasa

assalam
lame nau tak update blog
nak update pun sebab rase sangat marah sekarang
sesi luahan rasa gitu

dalam bulan 8 hari tu aku buat refinancing untuk rumah
konon-konon dapatla excess cash
dengan harapan boleh la joli mase bercuti nanti

dengan status yang macam siput
nampak gaya macam pelamin anganku musnah
malas dah aku nak berharap
total days dekat LPPSA je 3 bulan plus-plus
hangin tul aku
bape banyak dah follow up aku kt agensi ni
sekarang ni kat lawyer ambik mase 2-3 minggu lagi
nak tunggu bank islam bayar
LPPSA nak serah geran sebulan minimum

lagi 3 atau 4 bulan la gamaknye..
dat time aku pun dah balik dari bercuti
grrrr..geram sangat ni..
tobatla aku nak deal ngan LPPSA lembab ni
never-never-never
kumpul duit la nak buat rumah nanti
o buat personal loan lagi senang
cau..
currency rate 5.65

Wednesday, October 12, 2016

something new

asslamualaikum..
halluuu..alamak dah sebulan tak update blog. ade ke reader ni..? akceli aku agak bizi..macam macam nak buat dan dah buat lately ni..
-setel mara education loan- im free of education debt, but bukanlah financial freedom lagi
-setel hal-hal tanah but still need more funds
-akan berpindah ke kuarters kerajaan which is landed prop..hope rumah ni will be more organised sebab ade bigger space..bukanlah bertambah sepah
-looking for penyewa for rumah di Belimbing Heights...mari-mari sape mau sewa..akak bagi murah2 je
-setelkan pengasuh baru sarah dan tadika nuha
-looking for more income..korek-korek mana yang ada untuk yuran nuha dan hanan
-nak cuti for exam ACCA in Disember
-setelkan tiket flight dan bas for rombongan mak awe holidays somewhere in the west
-kemas barang nak pindah..hari-hari aku hantar barang during lunch ke rumah..sumbat semua dalam viva
-refinancing rumah lama..cari lebih cash untuk setel kereta viva n savings also hutangsss..tapi tak setel2 lagi..haishhh..

see...banyak tak keje kakak..?tu tak masuk lagi keje opis dan keje rumah
ade kucing menumpang rumah kakak


Tuesday, September 13, 2016

hari sukan nuha

as-salam...
waahhhh..lame angat-angat tak update blog. niat tu ader. tapi tangan ni tak gerak-gerak..for the last 2 weeks aku suffer demam denggi. aku ngan hanan. aku rase macam nyamuk tu gigit time sukan nuha ni la..haha..pandai-pandai..

hari terakhir ambik darah, bile tengok platlet dah meninggi...Ya Rabb..satu perasaan yang sukar diungkapkan..lebam dua-dua tangan asik kene cucuk je..hanan pun macam trauma ambik darah.
macam nak bercerita lagi..tapi, malasss...

k la bye..





Thursday, July 21, 2016

jumaat updates

as-salam
terajin pulak nak update blog harini.
saje nak cite kat uoll
i dah beli henpon baru. ye la..henpon lame tu udah 5 tahun kot. dah obselete. nak update apps sume tak compatible. i ni memang yang jenih pakai satu barang tu sampai barai baru beli baru.
pastu nak murah je. Alhamdulillah..sifat qanaaah tu tinggi..

mase nak beli tu i macam terpikirpikir la nak beli yang mahal sikit atau yang murah. laki ai cakap carik yang murah je..die pun nak beli henpon murah jugak. tup..tup die beli lagi mahal dari aku..aku ni setia pakai samsung. tapi yang paling cikai la. kene baling ngan anak pun tak pe lagi..

alkisahnye kat kamera henpon laki aku tu boleh detect umur n gender. time tu la aku nak bahan die. badan nak kurus je. tapi muke tua..kikiki..muke aku ofkos muke mude 23-24..haha..kembang kempis mak..badan gemuk takpe asal muke mude.

next story
balik raye ritu laki aku pulun bawak kete nak elak jem..korang taula..kete viva je. bawak macam ferrari. udahle jalan teluk intan-sabak bernam tu hensem beno. sampai rnr latar rase kete bergego-gego. aku cuak le jugok..sebab yang tukang bayo nye aku....ghupenye tayar bengkak.
selesai tayar dunlop rm110 satu.







Wednesday, July 20, 2016

hanan turns 7

as-salam
antara entry2 wajib blog ni. nuha siap komplen birthday die ibu buat kek buruk. birthday hanan dapat kek cantik. mak tengah banyak duit nak...haha


Sunday, July 17, 2016

raya kami

Assalam
amboi..berjaman nak update blog. tahun ni kami beraya di Gombak dulu. Raya ke2 lewat petang barulah ke Perak pula. dah tua tua ni rase macam biase je la raya. ade more important thing than raye nak pikio. nak p sambung belajaq balik ni. haduiii..nebes..nebes..

raye ke3 lewat malam, sarah demam dan cirit-birit. terus pi emergency nun. biasela.. time raye penuh sikitla. doc situ terus tahan kami masuk wad. kami macam terpingga-pingga. takdak experience lagi anak masuk sepital. rase stress sangat. dalam wad pulak kemain panas lagi. kepaih laju pun tak dapat membantu. area manjung sane memang payah nak hujan mak kami habaq.

sarah kene viral fever je. tapi sebab dok isu difteria tu, doc jadi terlebih concerned pulak. kami nak discaj pun tak bagi. penat hoi duduk wad. dah le panas..sarah pulak takmau letak langsung. nak berdukung je. jenuh kami tawaf wad. selepas enche ahmad berdiskusi dengan doc dapatla kami discaj sabtu malam tu jugak. lega sangat dapat balik umah. tido pun nyenyak je.

ahad pepagi tu..terus balik seri kembangan. dok rumah 2 hari hibernate ngan sarah. Alhamdulillah she is getting better. tu je la cerita raye kami. cite sodih tu toksah ceritala..simpan je dalam hati.
cekidout..
tema merah kami
susah sangat nak gambar bersama. hambik hang, selpie ja

Tuesday, June 28, 2016

perkembangan sarah

as-salam
alooloo..cian kat sarah ni. xdak pun cite die dalam blog ibu. sarah sekarang dah pandai angkat-angkat bontot macam nak merangkak tu. menyusur dah laju. baru 5 bulan setengah. sarah ni cepat sangat development die. pagi tadi ade habit baru, jilat lantai. ayoyo..anakkku..

aku slalu cakap kat sarah, dik jangan besar cepat sangat. nanti ibu takde baby nak gomol2 dah. nak beranak lagi dah malas. nak gomol anak orang kang kene penyakit pulak. hehe

sarah ni macam hanan kot. 11 bulan udah jalan. nuha berjaman sikit. setahun lebih baru jalan. bagus dik sarah jalan cepat-cepat. takyah ibu dokong dah. sekarang ni dah kuat minum susu. 15 oz licin. tu pun nasib baik ibu pukul 5 dah sampai umah pengasuh. memang tak cukup stok. pam harini untuk esok. harap2 cukuplah sarah minum sampai masuk 6 bulan nanti.

kla..cekidaout. sejak gune hp baru ni gambo kureng cantik..yolaa j1 je..haha


Monday, June 27, 2016

jual semula barang ikea

as-salam
pekabo? sihat ke..aku cam biase..sihat selalu.

lately ni aku banyak let go barang ikea kat rumah. nak kate perlukan duit pun iye, nak kate sedekah pun iye jugak..nak clearkan rumah pun iye..

haha..banyak reason aku. tak sangke barang-barang ni masih ade value. aku memang jual habis murahla. less 40% dari harga sebenar. so memang cepat je dapat buyer.

barang-barang ni memang aku dah tak guna langsung. dari di tong sampahkan baiklah jual. dapat gak top up duit lauk seminggu. coming ni ade lagi nak let go. cume malas nak tangkap gambar.

eh bilik hananuha dah upgrade tau. seronok habis dapat katil princess. nanti dah decorate cantik2 kite buh kat sini.

ritu aku dah semangat nak cat bilik hananuha ni..tengok-tengok cat dah berkulat. terus down. tunggu kumpul duit beli cat dan carik balik semangat tu.

pkla. tata

Wednesday, June 1, 2016

wishlist dipenuhi

as-salam
in a week 2 kali aku p ikea. mentang-mentang dah tau jalan. dalam belas2 km gitu. memang selalulah rase nak terjah. 1st trip aku penuhi impian nak beli langsir ngan carpet baru. habis duit refund. haha.. second trip nak cari tilam n katil. besar sangat tilam tu. takleh lipat2 masuk kete. at last aku carik kat lazada je. murah pun murah..katil tu nanti-nantilah..

pastu rase macam nak beli coffee table. ade sale. risau menyesal tak beli bukan menyesal beli..haha..k lah cekidaout. suke sangat nihhh..

langsir kaler cerah rase terang rumah
rumah tak berkemas pun berani masuk blog
katil impian
tilam ni lori je leh angkut ni

Wednesday, May 25, 2016

wishlist

as-salam
dah lame tak hias rumah cantik-cantik. sekarang baju-baju tak kering jadi langsir. baju-baju tak lipat pulak jadi bantal-bantal kecil kat sofa. toto jadi carpet. bakul laundry jadi vase yang besar-besar tu..leh imagine tak camne keadaannye?. itupun aku dah transfer buku-buku ke dalam bilik. kalo tak lagi horor rumah. anak-anak slalu cakap "nak rumah camtu ibu.." bile tengok rumah yang cantik-cantik dalam tv. eh, rumah korang sekarang tak cantik ke?

aku slalu cakap kat hanan n nuha, korang la buat rumah ibu tak cantik. selalu buat sepah. dan-dan tu jugak semua kemas mainan. haha..yee..semua ibu nak yang terbaik untuk anak-anak. kalo mampu memang nak sediakan rumah landed yang ade buaian dan slide supaya anak-anak boleh main. i told them nak rumah ade tanah nanti takde swimming pool. kaye sangatle mak ko nak buat rumah landed ade pool bagai..hehe

panjang mukadimah aku. point nak cakap sebenarnye aku nak terjah ikea beli carpet baru. langsir baru pun nak jugak..untuk raye tahun ni. at the same time nak setelkan hutang kakak aku dan kereta. kecelaruan minda sungguh. mane satu nak buat pun tak tau. duit ade banyak tu je.k la asik merepek bab duit je. taa..


Sunday, May 22, 2016

overspend

as-salam
dalam bape bulan ni aku asik overspend je. suke suke hati shopping walaupun takde duit. kredit kad kan adoooo.. hah..padanle muke aku. ok. sok sok jugak aku setelkan hutang-hutang ni.

eh lambat pulak nak dapat refund ni. duit apc laki kite pun lambat jugak. die pun same overspend. pandai pulak pinjam2 kite dulu. i is tak senang hati kalo hutang tak habeh bayo ni.

ape aku mengarut ni. oohh tahun ni aku nak wat kuih raye sendiri. takmo beli walaupun secebis..smalam dah beli sikit bahan-bahan. semangat nih..plan nak cuti sehari dua wat kuih..kahkahkah..macam tak pecaye ni aku.

cukupla setakat ini.

Wednesday, May 18, 2016

hadiah hari guru

as-salam..
halluuu..long time no see..after attended 3days course, i think i have put certain number to my weight. makan free la katekan. therefore i plan to qada' puasa. lagi 19 days u know. next week lah. i know macam tak sempat. but i am breastfeeding mummy..dapat kot rukhsah tu.

last friday i bought hadiah hari guru for hanan n nuha. 10 packets of multicolor pen. at first i asked opinion from my "teacher" friends whether hadiah pen is ok for them. nak cari yang murah sangat macam tak best pulak. if u want to give something to someone biarlah u pun suke that gift. yer..barang yang kita suka..not barang yang kita tak suka. betul tak?

i just put the pen in envelope and paste a piece of small card wishing selamat hari guru. hope all the muallim/muallimah/ustazah will like them. but after finish school, hanan complained, that hadiah not enough..tu la i asked how many teacher she has dia kate tak tau..nuha's ustazah is more cleverer..sebab hadiah tak cukup, they bahagi2kan 6 pens to ramai ustazah..

takpelaa...next year i buat allocation untuk hadiah for teacher's day. haha




bila envelope dah abis. kite gune yang ni pulak..

Friday, May 13, 2016

salah isi borang efiling

as-salam
inilah kali pertama aku salah isi borang efiling sejak tahun 2009. dulu, masuk je first mac aku dah isi cepat-cepat supaya dapat refund pun cepat jugak. tahun ni 1 april baru aku sedar nak isi. tu pun wat kalut-kalut ngan baby. end up aku salah isi tang pendapatan tu. its quite confusing tau. dah ler letak word 'penggajian'. last year kat sini auto fill tau. eee...tak aci sungguh. bile sedar aku dah salah isi cepat-cepat google camne nak betulkan balik. yeah..! just resubmit manually.

25 days after, refund masih tak dapat-dapat. so aku kol lhdn. bile aku cakap ade mistake tu, die ckp patutla tak dapat refund. aku kene resubmit ape butiran yang terkandung dalam borang efiling tu. from pendapatan to pelepasan. initial kat tempat yang salah pada borang selepas pembetulan dibuat. as penyata takaful sampai agak lambat , 27hb 4 baru aku submit semula. all those penyata n resit2. tak perlu original. salinan pun cukup. but submit kat cawangan di mana fail cukai berada.

ramai jugakla kat kaunter time aku pergi tu. ramai suke gune manual kot n ramai juga yang salah isi macam aku. semalam aku dapat surat dari lhdn yang cakap refund aku akan dapat dalam tempoh 3 bulan. sob..sob..mintak-mintaklah dapat b4 raya. selalunya refund tu la yang aku guna nak renew insurans kete. ni aku dah advancekan..jadi kenela kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
aku plan ngan duit tu la nak daftar haji sarah. lambatla mek tu naik haji nanti.

k la lesson learned! tahun depan jangan buat lagi. relief aku tahun depan dijangka meningkat sebab beli laptop ritu. hehe. peh tu nak masuk sspn banyak sikit. taa..


Monday, May 9, 2016

jalan-jalan kelantan

as-salam
last week we ol jalan-jalan pi kelantan. 1 pagi dari seri kembangan. dalam kul 5.15 pg dah sampai gua musang. rehat dan solat. kul 9 camtu sampailah kota bharu. terus gi makan kat kopitiam kita. tak makan pun roti kitab tu sebab ai lebih teruja nak makan nasi lauk air dingin. nasi ngan ikan tongkol masak gulai. sedapla jugak..

pastu terus ke pasar siti khadijah..perghh...kemahen lagi panas dalam tu..konon nak cari tudung bawal kaler pink..tapi takdok yang menarik. setakat soping makanan n barang yang orang pesan. dapatla beli keropok kering, serunding dan dodol. harga lebih murah dari bukit bunga. sebab memasing masih kenyang nak makan nasi, we ol terus ke PCB makan colek.

dalam kul 1 dah cek in homestay..penat dehhh...dah petang sikit baru pi jalan kat kem pengkalan chepa. mak ai la nak ngimbau kenangan mase we ol dok situ dulu.. sekali rumahnye pun dah takde.. yo laaa..dah 30 tahun gitu.

pastu we ol jalan-jalan jap kat kb mall sementara nak tunggu wakaf che yeh bukak. wakaf che yeh ni macam up town gitu. barang same je. tudung bawal yang ai cari pun tak cantik. dapat seround dua dah capek.. habis lemak terbako dukung sarah. enche ahmad je beli baju batik kawan die. murah gak. short sleeve cotton rm50 je.

esoknye kul 8 camtu dah kluar rumah. terus ke rantau panjang. sarapan kat teh o beng 50 sen. sampai je terus pi jalan tepi sungai golok. mak ai la nak tengok sg golok yang boleh lintas tu sebab sungai kering. tak pasal-pasal we ol interbiu askar yang jage. udah macam tourist guard askar tu cerite.

then we ol masuk tempat soping kat situ. lupe dah name die. yang bangunan baru tu. dapat mainan terus stop zikir hanan n nuha. enche ahmad beli jeans ngan jersi kawan die. jeans dalam rm28, jersi dalam rm35. bolehla..ai postpone nak beli biji gajus sebab hari kian panas. nak beli kat bukit bunga bunga kononnye. sekali kene hentam sampai rm23 400g..hampeh tul..

dari bukit bunga terus balik ke perak lalu jeli. sampai kuala kangsar pekena laksa dulu. kul 8 malam sampai umah opah awe. separuh Malaysia we ol jalan. esok nye pas sarapan terus terus balik kl. kesian sarah..penat die. mase jalan tak meragam langsung. sampai umah baru merengek-rengek. tapi ai cam tak puas berjalan. anak-anak kn kecik lagi..time panas tu ai duduk je jage anak dalam kete. kalo ai sorang2 mau soping berjam-jam.

k la cekidout gambar.. pasni macam nak pi travel lagi la. haha..syok pi ngabehkan duit.