Showing posts with label sarah. Show all posts
Showing posts with label sarah. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

sarah turns 2

assalam.
lame gile tak update.

ni gambar sarah masa celebrate birthday. i bake kek coklat n cream cheese topping yang dah bertahun dalam fridge tu. nak buat cheese kek nye entah bile. actually dah terdelete gambar dalam hp. ni gambar kat instagram.


Thursday, July 13, 2017

sarah turns 1

sarah paling kesian. first birthday tak sambut pun.ada gambar sarah masa dihari kejadian je.




Thursday, July 21, 2016

jumaat updates

as-salam
terajin pulak nak update blog harini.
saje nak cite kat uoll
i dah beli henpon baru. ye la..henpon lame tu udah 5 tahun kot. dah obselete. nak update apps sume tak compatible. i ni memang yang jenih pakai satu barang tu sampai barai baru beli baru.
pastu nak murah je. Alhamdulillah..sifat qanaaah tu tinggi..

mase nak beli tu i macam terpikirpikir la nak beli yang mahal sikit atau yang murah. laki ai cakap carik yang murah je..die pun nak beli henpon murah jugak. tup..tup die beli lagi mahal dari aku..aku ni setia pakai samsung. tapi yang paling cikai la. kene baling ngan anak pun tak pe lagi..

alkisahnye kat kamera henpon laki aku tu boleh detect umur n gender. time tu la aku nak bahan die. badan nak kurus je. tapi muke tua..kikiki..muke aku ofkos muke mude 23-24..haha..kembang kempis mak..badan gemuk takpe asal muke mude.

next story
balik raye ritu laki aku pulun bawak kete nak elak jem..korang taula..kete viva je. bawak macam ferrari. udahle jalan teluk intan-sabak bernam tu hensem beno. sampai rnr latar rase kete bergego-gego. aku cuak le jugok..sebab yang tukang bayo nye aku....ghupenye tayar bengkak.
selesai tayar dunlop rm110 satu.







Tuesday, June 28, 2016

perkembangan sarah

as-salam
alooloo..cian kat sarah ni. xdak pun cite die dalam blog ibu. sarah sekarang dah pandai angkat-angkat bontot macam nak merangkak tu. menyusur dah laju. baru 5 bulan setengah. sarah ni cepat sangat development die. pagi tadi ade habit baru, jilat lantai. ayoyo..anakkku..

aku slalu cakap kat sarah, dik jangan besar cepat sangat. nanti ibu takde baby nak gomol2 dah. nak beranak lagi dah malas. nak gomol anak orang kang kene penyakit pulak. hehe

sarah ni macam hanan kot. 11 bulan udah jalan. nuha berjaman sikit. setahun lebih baru jalan. bagus dik sarah jalan cepat-cepat. takyah ibu dokong dah. sekarang ni dah kuat minum susu. 15 oz licin. tu pun nasib baik ibu pukul 5 dah sampai umah pengasuh. memang tak cukup stok. pam harini untuk esok. harap2 cukuplah sarah minum sampai masuk 6 bulan nanti.

kla..cekidaout. sejak gune hp baru ni gambo kureng cantik..yolaa j1 je..haha


Wednesday, May 25, 2016

wishlist

as-salam
dah lame tak hias rumah cantik-cantik. sekarang baju-baju tak kering jadi langsir. baju-baju tak lipat pulak jadi bantal-bantal kecil kat sofa. toto jadi carpet. bakul laundry jadi vase yang besar-besar tu..leh imagine tak camne keadaannye?. itupun aku dah transfer buku-buku ke dalam bilik. kalo tak lagi horor rumah. anak-anak slalu cakap "nak rumah camtu ibu.." bile tengok rumah yang cantik-cantik dalam tv. eh, rumah korang sekarang tak cantik ke?

aku slalu cakap kat hanan n nuha, korang la buat rumah ibu tak cantik. selalu buat sepah. dan-dan tu jugak semua kemas mainan. haha..yee..semua ibu nak yang terbaik untuk anak-anak. kalo mampu memang nak sediakan rumah landed yang ade buaian dan slide supaya anak-anak boleh main. i told them nak rumah ade tanah nanti takde swimming pool. kaye sangatle mak ko nak buat rumah landed ade pool bagai..hehe

panjang mukadimah aku. point nak cakap sebenarnye aku nak terjah ikea beli carpet baru. langsir baru pun nak jugak..untuk raye tahun ni. at the same time nak setelkan hutang kakak aku dan kereta. kecelaruan minda sungguh. mane satu nak buat pun tak tau. duit ade banyak tu je.k la asik merepek bab duit je. taa..


Monday, April 11, 2016

sarah atikah

as-salam
aku masih lagi dalam mood malas-malas nak update blog. tapi..demimu sarah..
sarah was born in hospital serdang, emergency ceasarean dengan berat 3.85kg. kejut-kejut mak masa tu bile doktor decide nak ceaser. terus termenangis teresak-esak. aku rase it was a mistake. takde pun fetal distress ke hape. aku yang gerak-gerak mase mesin ctg tuh ambik bacaan. huhu

dalam ot aku tabahkan hati benti nangis. yo laa..takkan nak menangis je. baik bace doa. kumat kamit baca al fatihah ayat kursi walaupun menggigil. doktor tuh siap nyanyi-nyanyi je. dah hari-hari buat keje tu. relax je la.

frankly speaking..aku suke beranak ceaser. tak sesakit yang dijangka. takde merana sakit contraction. aku tak pening tak muntah..boleh makan dan minum macam biasa. cume badan gatal tuh yee...tak tido aku first nite. k la tak plan nak tulis panjang-panjang..k la cekidout gambar sarah sepanjang cuti 3 bulan.
























Tuesday, March 8, 2016

holaa..

as-salam
long time no see. sibuk jage baby sampai rase malas sangat nak berblog. untuk pengetahuan u all saya dah selamat deliver baby perempuan 13 jan lepas. sarah atikah nama diberi. termakbul jugak tu nak czer,,,huhu..k la nanti masuk opis saya update lagi.