Showing posts with label jalan UK. Show all posts
Showing posts with label jalan UK. Show all posts

Wednesday, April 26, 2017

jalan-jalan uk part 4 Edinburgh

Assalam.

Ni kes pakse diri nak tulis blog. Hari seterusnya kami ke Edinburgh pula. Merasalah nak pi negara kedua selepas england..hahaha..adoi..pasni kene jejak singapore n thailand pulak.
Sebab adik aku takmo gi kami pergi bertujuh je. mak, along n family aku. pergi naik tren. dalam tren tu macam tren ktm tu je. idakle gempak sangat. tambang tak tau sebab kak eda belanja. tapi kat uk ni memang macam old skul sikit. tengok iklan pun jadi la. tak attractive langsung.

pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah sebab tren kul 7 lebih. sejuk beb. jakun jap sebab asap keluar asap dari mulut. aku siap glove bagai. tengok mat saleh ni rilex2 je.



abang ipar aka along
salji turun hari sebelumnya
bas biru instead merah
penat gak nak naik bukit ni


kami ke masjid untuk solat zohor. jauh gak masjid ni dari tren station dalam 15 minit berjalan.
we ol tak beli la skaf ke skirt ke...skaf tu dalam 7.99 pound satu. takat beli fridge magnet 2 pound setengah wat kenangan.kodukut

edinburgh castle
 

budak2 ni sampai tido keletihan. nak masuk toilet kene 30p
dah penat jalan kami lepak kat mall ni sampai tutup jam 6
nak lepak kat taman ni sejuk nak mampus
pas pukul 6 kami terus ke stesen train. padehal tren kul 9 malam. hadoi..mengigil tunggu tren. sebab tren station tu takdok heater. along aku sudah terkena untuk kali ke2 tunggu tren dalam sejuk sian kat dia. dia je la tourist guide yang ade, nak wat camne..

kami sampai Durham station dalam kul 11. Kak eda dah siap2 tunggu. lega..takdela nak tunggu dalam sejuk lagi.

esoknye kami dok umah je la. penat..petangnye baru jalan balik. kami pergi Sunderland pulak...

Thursday, April 20, 2017

jalan-jalan uk part 3 Newcastle

Assalam
Hadoi..rase bercinta nak ngabiskan cerita. banyak lagi ni. Hujung minggu (Sabtu) camtu kami ramai-ramai ke Newcastle. tak jauh pun tempat ni dari Durham. Dalam setengah jam. Kalo cakap Durham mungkin orang tak penah dengar. Kalo Newcastle mungkinla orang tau. pagi tu kami gerak naik bas. tambang tak tau sebab kak eda yang belanja. Newcastle ni tak sejuk sangat walaupun lagi jauh ke Utara UK. Mungkin sebab bandar besar. banyak haba dari kenderaan..orang pun ramai. Durham tu more macam pekan koboi la.
ni depan Newcastle University

masuk muzium



kami benti makan bekal dan solat kat taman ni
pastu masuk primark pulak. banyak cawangan primark ni. yg kat sini besarla..

bonda saye..tak serik jalan ngan dari saya. dari Langkawi, Kuching, Kelantan dan UK..coming ni nak pi Pangkor lak..
heater dalam ni kuat..terus berpeluh-peluh. shopping tak ingat dalam ni..baju budak bawah 2 pound
jenuh cari Cath Kidston outlet. tapi takde sale.  beli online je sbb ade sale
Newcastle bus station
Sebab Newcastle ni tak jauh sangat. aku pergi dua kali. mak pulak 3 kali repeat. jam 4.30 petang camtu. kiteorg pun berangkat pulang. sebab 5.30 pm dah masuk maghrib.

Esoknye kami ke carboot kat tempat lumba kuda. aku dah lupa namenye. gambo pun takde. sejuk bebeno. nak bukak glove ambik hp pun malas. nak masuk sini kalau before 10 pagi kene caj 2 pound sorang. kalau lepas kul 10 1 pound. mase ni tak ramai sangat seller.

aku takat beli toys untuk hanan n nuha dan juga baju sejuk yang harga 1 pound. murah gile. tak dapat kat bundle mesia harga ni.

Esoknye kami ke Scotland pulak. lagi ke Utara dan lagi la sejukkkk...

p/s: suhu pagi di Bowburn area rumah kak eda 0-2 darjah di waktu pagi..memang tak mandi la weii..

Tuesday, April 18, 2017

jalan-jalan uk part 2 Durham

Sampai rumah kak eda rase macam mamai2 je. dah pekena nasi terus rase nak tidur. kak eda ni memang masak makanan melayu je. kalo western pun takat spaghetti ngan steak je la kot. anak-anak pulak sambung main dengan cousin. almaklumla 5 bulan tak jumpe. demekan dah tido lame. so segar bugar je la.
tak tau nape sambil menaip ni rase happy je..
petang tu jugak kami gi sport direct punye outlet..ni kat mesia pun ade..kuikui..dapatle enche ahmad rembat kasut satu.
mase tu musim hujan kot. asik hujan je..kalo hujan lagi la sejuk. ngan angin lagi. rase tak mau keluar rumah. macam sedikit menyesal gi musim sejuk. jalan pun tak bape best sebab nak kesahkan yang sejuk tu.

esoknye kami ke bandar Durham. dalam 15 minit je dari rumah. naik kak eda punye kete. kene 2 kali trip la sebab ramai. kak eda satu family 8 orang. kami, 7 orang. sarah macam biasela..mane nak dok dalam carseat. so kami menyorok-nyorok di belakang.

aku naik yang first trip. tunggu yang trip kedua macam nak beku dah. walaupun matahari memancar-mancar.

rambang mata nak pilih gambar
Dah semua sampai kami ke Cathedral dulu..gereja di atas bukit. katenye tempat penggambaran Harry Potter.
jumpe pulak telephone booth merah ni. rasenye seluruh uk kot ade mende Allah ni. bukan London je tau

menara tengah baiki





dewan harry potter tak leh masuk


haritu hari jumaat. turun je dari bukit masing-masing nak balik dah. tak tahan sejuk. aku je la tunggu laki pi solat jumaat. membeku tunggu kat situ. penat jalan pun ade. sarah kan nak dukung je. balik uk terus turun 2 kilo kauuu..

esoknye kami ke New Castle pulak. ok tunggu part 3. Nak balik umah dah ni. nak kul 5 dah.

jalan-jalan uk part 1

assalam
lame nau simpan cerita ni. sampai nak hilang ingatan dah.

First of all..terima kasih Allah..terima kat mak aku yang dahulukan duit untuk beli tiket flight kami sekeluarga.

tahun 2017 ni la baru merasa nak pi keluaq dari malaysia. tu pun nasib la kak eda ade kat sane. kalo tak tunggu pencen baru pi.

Tiket flight aku booking mase mas buat promotion bulan 8/2016. flying time bulan 2/2017. sorang boleh dapat kurang 2k. sebab aku dah hampir hilang ingatan aku bagi gross figure je la kot. total kami 7 orang 4 adults 2 children 1 infant dalam 11k lebih.

aiseyyy..malas pulak nak mengarang kisah aku ni.

flight kami pukul 9 pagi. gerak dari rumah kul 5 pagi. ngam-ngam soi la sampai airport solat subuh, breakfast dan cek in
13 jam direct flight tak mudah sangat dengan anak kecil. dua orang atas ni behave je. cume tang nak pi toilet tu macam sepuluh kali sekejap
makcik ni tak bape behave. mungkin sebab mengantuk. mase flight balik kene selesema pulak
Kami sampai Heathrow Airport dalam kul 4 petang. Urusan imigresen ok ok je la. Seterusnya kami kene naik bas ke Durham. Bas siang hari 10 jam. Kalau malam 6-7 jam. So kami pilih bas malam. Tiket bas dah beli siap-siap kat website National Express. guna visa je. pastu print. takmo print pun takpe. print screen kat hp. tunjuk kat driver.

keluar je dari dari pintu arrival Terminal 4 tu dah ade bus stop. boleh je naik mane-mane bas National Express yang ke Terminal 2. Free seating. Mase tu dah rase sejuk. 6 petang macam nak malam dah. forecast weather 10 darjah. rupenye 5-6 camtu. tiket bas ke Durham 150 pound utk 7 orang.

dari T4 ke T2 dalam 10 minit je. Sampai je situ dah gigil. masing-masing sarung baju tebal. sejut angat-angat. Kami tunggu pula bas ke Victoria Coach Station London. Akceli tiket kami kul 940 malam. Tapi boleh je naik awal. dalam 8 lebih kami dah gerak. perjalanan dalam 40 minit. sonok dapat naik bas sebab dalam bas ade heater. huhu

anak-anak semua dah ngantuk. time tido ni kat malaysia
mak awe pun tukar uniform gak. tau pun sejuk..
ni kat victoria coach station arrival part. tempat departure seberang jalan je. ade signage boleh follow. hanan tu macam berjalan dalam tido. tiap kali stop sambung tido
Bas dari Victoria Coach Station ke Durham kul 11 malam. Dalam bas aku tak boleh tido sangat sebab pegang sarah. risau die terjatuh ke hape. rase cam azab gak naik bas. macam bas express lama kat mesia ni. idakle selesa benau.

kami sampai Durham kul 5 pagi esoknye. jauhkan perjalanan kami. more than 24 hours. Kak eda dah siap-siap tunggu kt Durham Bus Station. hujan renyai-renyai time tu. suhu 2 darjah. lagila menggigil. rase seronok jumpe kak eda. macam tak pecaye kami dah sampai ke rumah die. nanti sambung part 2 ye.