Friday, May 13, 2016

salah isi borang efiling

as-salam
inilah kali pertama aku salah isi borang efiling sejak tahun 2009. dulu, masuk je first mac aku dah isi cepat-cepat supaya dapat refund pun cepat jugak. tahun ni 1 april baru aku sedar nak isi. tu pun wat kalut-kalut ngan baby. end up aku salah isi tang pendapatan tu. its quite confusing tau. dah ler letak word 'penggajian'. last year kat sini auto fill tau. eee...tak aci sungguh. bile sedar aku dah salah isi cepat-cepat google camne nak betulkan balik. yeah..! just resubmit manually.

25 days after, refund masih tak dapat-dapat. so aku kol lhdn. bile aku cakap ade mistake tu, die ckp patutla tak dapat refund. aku kene resubmit ape butiran yang terkandung dalam borang efiling tu. from pendapatan to pelepasan. initial kat tempat yang salah pada borang selepas pembetulan dibuat. as penyata takaful sampai agak lambat , 27hb 4 baru aku submit semula. all those penyata n resit2. tak perlu original. salinan pun cukup. but submit kat cawangan di mana fail cukai berada.

ramai jugakla kat kaunter time aku pergi tu. ramai suke gune manual kot n ramai juga yang salah isi macam aku. semalam aku dapat surat dari lhdn yang cakap refund aku akan dapat dalam tempoh 3 bulan. sob..sob..mintak-mintaklah dapat b4 raya. selalunya refund tu la yang aku guna nak renew insurans kete. ni aku dah advancekan..jadi kenela kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
aku plan ngan duit tu la nak daftar haji sarah. lambatla mek tu naik haji nanti.

k la lesson learned! tahun depan jangan buat lagi. relief aku tahun depan dijangka meningkat sebab beli laptop ritu. hehe. peh tu nak masuk sspn banyak sikit. taa..


No comments:

Post a Comment