Thursday, April 20, 2017

jalan-jalan uk part 3 Newcastle

Assalam
Hadoi..rase bercinta nak ngabiskan cerita. banyak lagi ni. Hujung minggu (Sabtu) camtu kami ramai-ramai ke Newcastle. tak jauh pun tempat ni dari Durham. Dalam setengah jam. Kalo cakap Durham mungkin orang tak penah dengar. Kalo Newcastle mungkinla orang tau. pagi tu kami gerak naik bas. tambang tak tau sebab kak eda yang belanja. Newcastle ni tak sejuk sangat walaupun lagi jauh ke Utara UK. Mungkin sebab bandar besar. banyak haba dari kenderaan..orang pun ramai. Durham tu more macam pekan koboi la.
ni depan Newcastle University

masuk muzium



kami benti makan bekal dan solat kat taman ni
pastu masuk primark pulak. banyak cawangan primark ni. yg kat sini besarla..

bonda saye..tak serik jalan ngan dari saya. dari Langkawi, Kuching, Kelantan dan UK..coming ni nak pi Pangkor lak..
heater dalam ni kuat..terus berpeluh-peluh. shopping tak ingat dalam ni..baju budak bawah 2 pound
jenuh cari Cath Kidston outlet. tapi takde sale.  beli online je sbb ade sale
Newcastle bus station
Sebab Newcastle ni tak jauh sangat. aku pergi dua kali. mak pulak 3 kali repeat. jam 4.30 petang camtu. kiteorg pun berangkat pulang. sebab 5.30 pm dah masuk maghrib.

Esoknye kami ke carboot kat tempat lumba kuda. aku dah lupa namenye. gambo pun takde. sejuk bebeno. nak bukak glove ambik hp pun malas. nak masuk sini kalau before 10 pagi kene caj 2 pound sorang. kalau lepas kul 10 1 pound. mase ni tak ramai sangat seller.

aku takat beli toys untuk hanan n nuha dan juga baju sejuk yang harga 1 pound. murah gile. tak dapat kat bundle mesia harga ni.

Esoknye kami ke Scotland pulak. lagi ke Utara dan lagi la sejukkkk...

p/s: suhu pagi di Bowburn area rumah kak eda 0-2 darjah di waktu pagi..memang tak mandi la weii..

Tuesday, April 18, 2017

jalan-jalan uk part 2 Durham

Sampai rumah kak eda rase macam mamai2 je. dah pekena nasi terus rase nak tidur. kak eda ni memang masak makanan melayu je. kalo western pun takat spaghetti ngan steak je la kot. anak-anak pulak sambung main dengan cousin. almaklumla 5 bulan tak jumpe. demekan dah tido lame. so segar bugar je la.
tak tau nape sambil menaip ni rase happy je..
petang tu jugak kami gi sport direct punye outlet..ni kat mesia pun ade..kuikui..dapatle enche ahmad rembat kasut satu.
mase tu musim hujan kot. asik hujan je..kalo hujan lagi la sejuk. ngan angin lagi. rase tak mau keluar rumah. macam sedikit menyesal gi musim sejuk. jalan pun tak bape best sebab nak kesahkan yang sejuk tu.

esoknye kami ke bandar Durham. dalam 15 minit je dari rumah. naik kak eda punye kete. kene 2 kali trip la sebab ramai. kak eda satu family 8 orang. kami, 7 orang. sarah macam biasela..mane nak dok dalam carseat. so kami menyorok-nyorok di belakang.

aku naik yang first trip. tunggu yang trip kedua macam nak beku dah. walaupun matahari memancar-mancar.

rambang mata nak pilih gambar
Dah semua sampai kami ke Cathedral dulu..gereja di atas bukit. katenye tempat penggambaran Harry Potter.
jumpe pulak telephone booth merah ni. rasenye seluruh uk kot ade mende Allah ni. bukan London je tau

menara tengah baiki





dewan harry potter tak leh masuk


haritu hari jumaat. turun je dari bukit masing-masing nak balik dah. tak tahan sejuk. aku je la tunggu laki pi solat jumaat. membeku tunggu kat situ. penat jalan pun ade. sarah kan nak dukung je. balik uk terus turun 2 kilo kauuu..

esoknye kami ke New Castle pulak. ok tunggu part 3. Nak balik umah dah ni. nak kul 5 dah.

jalan-jalan uk part 1

assalam
lame nau simpan cerita ni. sampai nak hilang ingatan dah.

First of all..terima kasih Allah..terima kat mak aku yang dahulukan duit untuk beli tiket flight kami sekeluarga.

tahun 2017 ni la baru merasa nak pi keluaq dari malaysia. tu pun nasib la kak eda ade kat sane. kalo tak tunggu pencen baru pi.

Tiket flight aku booking mase mas buat promotion bulan 8/2016. flying time bulan 2/2017. sorang boleh dapat kurang 2k. sebab aku dah hampir hilang ingatan aku bagi gross figure je la kot. total kami 7 orang 4 adults 2 children 1 infant dalam 11k lebih.

aiseyyy..malas pulak nak mengarang kisah aku ni.

flight kami pukul 9 pagi. gerak dari rumah kul 5 pagi. ngam-ngam soi la sampai airport solat subuh, breakfast dan cek in
13 jam direct flight tak mudah sangat dengan anak kecil. dua orang atas ni behave je. cume tang nak pi toilet tu macam sepuluh kali sekejap
makcik ni tak bape behave. mungkin sebab mengantuk. mase flight balik kene selesema pulak
Kami sampai Heathrow Airport dalam kul 4 petang. Urusan imigresen ok ok je la. Seterusnya kami kene naik bas ke Durham. Bas siang hari 10 jam. Kalau malam 6-7 jam. So kami pilih bas malam. Tiket bas dah beli siap-siap kat website National Express. guna visa je. pastu print. takmo print pun takpe. print screen kat hp. tunjuk kat driver.

keluar je dari dari pintu arrival Terminal 4 tu dah ade bus stop. boleh je naik mane-mane bas National Express yang ke Terminal 2. Free seating. Mase tu dah rase sejuk. 6 petang macam nak malam dah. forecast weather 10 darjah. rupenye 5-6 camtu. tiket bas ke Durham 150 pound utk 7 orang.

dari T4 ke T2 dalam 10 minit je. Sampai je situ dah gigil. masing-masing sarung baju tebal. sejut angat-angat. Kami tunggu pula bas ke Victoria Coach Station London. Akceli tiket kami kul 940 malam. Tapi boleh je naik awal. dalam 8 lebih kami dah gerak. perjalanan dalam 40 minit. sonok dapat naik bas sebab dalam bas ade heater. huhu

anak-anak semua dah ngantuk. time tido ni kat malaysia
mak awe pun tukar uniform gak. tau pun sejuk..
ni kat victoria coach station arrival part. tempat departure seberang jalan je. ade signage boleh follow. hanan tu macam berjalan dalam tido. tiap kali stop sambung tido
Bas dari Victoria Coach Station ke Durham kul 11 malam. Dalam bas aku tak boleh tido sangat sebab pegang sarah. risau die terjatuh ke hape. rase cam azab gak naik bas. macam bas express lama kat mesia ni. idakle selesa benau.

kami sampai Durham kul 5 pagi esoknye. jauhkan perjalanan kami. more than 24 hours. Kak eda dah siap-siap tunggu kt Durham Bus Station. hujan renyai-renyai time tu. suhu 2 darjah. lagila menggigil. rase seronok jumpe kak eda. macam tak pecaye kami dah sampai ke rumah die. nanti sambung part 2 ye.



Tuesday, March 28, 2017

penyewa yang baik juga satu rezeki

assalam
lame nau tak update blog. alkisahnya..masa kami nak sewakan rumah dulu agak ramai yang berminat. tambah lak lokasi strategik dan sewa agak murah. at dat time aku berharap cepatla dapat penyewa. boleh tampung2 belanja pi uk. tq mudah kerana memudahkan urusanku.

setiap malam aku doa, Ya Allah kurniakan ku rezeki penyewa yang baik. orang pertama yang nak sewa seorang india muslim. pemandu uber. wife nak bersalin dah. adik iparnya juga nak duduk bersama. dalam hati macam was2 risau mereka tak boleh commit. dah siap bagi ic, kontrak dah siap, tiba2 tak jadi. katenya adik ipar susah nak tukar sekolah. aku pun lega jugak..hehe

kemudian datang pula seorang wanita nak view rumah. nampak macam dia tak berminat. rumah kiteorang memang biase2 je. takde major renovation. tapi sebab lokasi tu harga memang melambung2.

lewat petang esoknya datang pula seorang hamba Allah iaitu penyewa sekarang. datang naik motor je bersama isteri dan anak seorang. mase tengah view rumah tibe2 hujan pulak. time tu dah masuk maghrib. kiteorang pelawa terus die solat kat rumah. aku pun dah tetamu datang lame, buatkanlah air bujang. pas sembang2 terus penyewa tu cakap, abang..kire jadi je la. kami pun menerima dengan hati terbuka. dari iklan 850 jadikla 800. nampak penyewanya orang baik-baik. ada keje tetap. wife duduk rumah buat bisness online.

selepas tu everything run smoothly la..duit sewa masuk on time. bil takde tertunggak..cume kami tak jenguk lagi rumah tu. tiap kali dia bayar kami tanya kot2 ada benda rosak ke..minggu lepas aku terbayar pulak bil elektrik rumah tu. aku suh enche ahmad mintak balik..haha..tapi encheahmad senyap je..anggap je la tu rezeki penyewa..baik nau tuan rumah ni..

okla..coming soon..cerita kembara kami di uk..bye

Tuesday, January 24, 2017

miracle no. 1

assalam
pagi semalam aku memulakan hari dengan semangkuk nasi dan kari ikan yang leftover dua hari sebelum tu (kui kui kui..kedek gile)
taknak membazir. kan amalan syaiton
pastu aku makan pulak roti telur dalam dua keping.
eemmm..taknak makan tengaharila (selftalking) nak pergi gym..blablabla
selepas tengok cerita korea (goblin) (gym entah ke mana) rase lapar gile
nak turunlah beli burger
burger baru 3 ringgit
jimat
-saya kedekut nak beli lunch selepas menghabiskan 300 sesuka hati
nyesal.
at the same time syaitan berbisik
sape suh ko derma ha??
kalo idak boleh guna duit tu beli lunch
aahkan...
pause
aku pun argue balik
ya Allah aku yakin aku beri sedikit Allah akan bagi lebih lagi
turus menuju ke cafe
sampai depan stall
jumpe bos lame..
borak2 kejap..order beliau dah siap
sebelum beliau berlalu,
"saya dah bayar ye burger awak"
aku, "ala puan..."
puan, "ala 3 ringgit je.."
see...
rezeki yang tak disangka.
pas mkn burger masih lapar
2 kawan offer nasi goreng kg dan megi ladna pulak
pas ngabehkan semua
baru kenyang
(dasar perut besar)
today..i bwk bekal breakfast dan lunch
jimaaat duit

Monday, January 16, 2017

jangan berhenti berharap

as-salam
pagi pagi tadi aku dah jadi singa. bermula dengan insiden tudung bunga-bunga dan baju pun bunga-bunga. eh takleh terima di akal. bercorak dari atas kepala sampai ke kaki. dah banyak kali embak ulangi pada mas joko, tudung plain baju bunga-bunga, tudung bunga-bunga baju nya plain. entah telinganya idak boleh hadam perbicaraan kita. kalau die tu tak pulak taknak pakai baju belang-belang.

tangkas aku naik ke atas iron tudung. anaknya yang berdua masih terhegeh hegeh. sorang mau cari pensel box, sorang lagi lemah gemalai nak pakai baju. terus diherdik suruh makan. harinya sudah pukul 715. entahla...sejak akhir akhir ini embak punya darah cepat je mendidih. dari tekanan darah rendah udah meninggi gitu.

dalam shower pun sempat membebel. ngape lembab sungguh orang dalam rumah ni. yang mas joko pun blablablatettetete..sampai opis baru menyesal.......kate kate tu kan doa.. i should pray supaya mereka semua bisa tangkas benarrr.

panjang mukadimah.

setiap hari bila bersedekah je aku doa dalam hati. Ya Allah..bukak kan lah pintu hati orang LPPSA ni supaya proses duit aku cepat sikit. tak lupa juga follow up hari-hari. tambahkanlah rezeki ku nak pi UK. cepat-cepatkan setel hutang kredit kad.

aku memang tak nafikan the power of doa dan sedekah. memang ajaib. tapi macam selfish gak aku ni. nak sesuatu baru nak berbuat amal jariah. marilah kita lebih konsisten bersedekah.

Tuesday, January 10, 2017

lagi 42 hari

assalam
cepatnye masa berlalu. antara sedar dan tak, lagi 42 hari nak pergi jauh dari bumi Malaysia. this is my first journey keluar negara. haha..kesian tak? dah 34 tahun hidup baru dapat peluang. also for the first time untuk enche ahmad dan anak-anak. syukur atas rezeki yang Allah bagi.

mase booking ticket ogos 2016 rase macam lama sangat nak tunggu. tup tup dah dekat sangat ni. first thing first, souvenir untuk family n kawan2 dah tersedia dulu sebelum aku jejak kaki ke sana. camne tu? during sale aku beli dulu secara online dan pos kat rumah kak eda atau mintak kak eda belikan mane kedai yang tak terima kad kredit aku. syok weh. hari-hari shopping online. hihi.

empat kali weekend ni aku cuba manfaatkn untuk kemas baju dan cari stok ubat also makanan. basuh winter clothing mane yang patut dan sumbat dalam luggage. kot muat. nak beli vacum bag kat daiso nanti.

rase cuak jugak ni nak pi sane. yelah tak pernah jejak lagi kan. hope everything run smoothly. semoga orang orang yang ditinggalkan di Malaysia sihat-sihat sahaja..esp ayah dan mak mertua aku. okla bye.