Tuesday, March 28, 2017

penyewa yang baik juga satu rezeki

assalam
lame nau tak update blog. alkisahnya..masa kami nak sewakan rumah dulu agak ramai yang berminat. tambah lak lokasi strategik dan sewa agak murah. at dat time aku berharap cepatla dapat penyewa. boleh tampung2 belanja pi uk. tq mudah kerana memudahkan urusanku.

setiap malam aku doa, Ya Allah kurniakan ku rezeki penyewa yang baik. orang pertama yang nak sewa seorang india muslim. pemandu uber. wife nak bersalin dah. adik iparnya juga nak duduk bersama. dalam hati macam was2 risau mereka tak boleh commit. dah siap bagi ic, kontrak dah siap, tiba2 tak jadi. katenya adik ipar susah nak tukar sekolah. aku pun lega jugak..hehe

kemudian datang pula seorang wanita nak view rumah. nampak macam dia tak berminat. rumah kiteorang memang biase2 je. takde major renovation. tapi sebab lokasi tu harga memang melambung2.

lewat petang esoknya datang pula seorang hamba Allah iaitu penyewa sekarang. datang naik motor je bersama isteri dan anak seorang. mase tengah view rumah tibe2 hujan pulak. time tu dah masuk maghrib. kiteorang pelawa terus die solat kat rumah. aku pun dah tetamu datang lame, buatkanlah air bujang. pas sembang2 terus penyewa tu cakap, abang..kire jadi je la. kami pun menerima dengan hati terbuka. dari iklan 850 jadikla 800. nampak penyewanya orang baik-baik. ada keje tetap. wife duduk rumah buat bisness online.

selepas tu everything run smoothly la..duit sewa masuk on time. bil takde tertunggak..cume kami tak jenguk lagi rumah tu. tiap kali dia bayar kami tanya kot2 ada benda rosak ke..minggu lepas aku terbayar pulak bil elektrik rumah tu. aku suh enche ahmad mintak balik..haha..tapi encheahmad senyap je..anggap je la tu rezeki penyewa..baik nau tuan rumah ni..

okla..coming soon..cerita kembara kami di uk..bye

No comments:

Post a Comment